Friday, 27 July 2012

الامام مالك رحمه الله

بسم الله الرحمن الرحيم
ان الحمد لله ونحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور انفسنا ومن سيىات اعمالنا من يهد الله فلا مضل له ومن يضلله فلا هادي له واشهد ان لا اله الا الله وحده لا شريك له واشهد ان محمدا عبده ورسوله اللهم صل وسلم على نبينا محمد وعلى اله وصحبه اجمعين

  Bersyukur kita kehadrat ilahi dekat limpah kurnianya kita semua dapat berjumpa dan bersua kembali  . Alhamdulillah . Disini saya bersama kawan-2 saya dari 'Firqah 1' ingin membuat pembentangan yang bertajuk 'IMAM MALIK RAHIMAH ALLAH' . 



LATAR BELAKANG .

Nama penuh : Malik bin Anas bin Amir Al-Asbaha .
Tempat lahir : Madinah Al-Munawwarah
Tarikh lahir : Pada tahun 93 hijrah bersamaan 712 masihi .
Wafat : Pada tahun 179 hijrah bersamaan 798 masihi , ketika itu umur beliau berusia 86 tahun .
Disemadikan : Diperkuburan Baqi' , Madinah Munawwarah .


SIFAT PERIBADI .

# Sangat menghormati ibubapa , orang dewasa , dan guru .

# Sopan  santun , suka menziarahi orang sakit , dan mengiringi jenazah ke kubur .

# Pendiam , bercakap hanya perkara yang berfaedah sahaja .

# Berpakain bersih dan kemas serta memakai bau-bauan yang harum .

# Pemurah , dermawan dan suka memberi pertolongan .

# Suka bergaul dengan semua lapisan masyarakat .

BAHAGIAN PENDIDIKAN .

* Mendapat  pendidikan di MADINAH  AL-MUNAWWARAH .

* Memulakn pengajian AL-QURAN dan TAFSIR .

* Mempelajari ilmu hadis sehingga menjadi seorang 'tokoh HADIS' dan 'Ahli HUKUM'

* Mendalami ilmu FIQH----> mengkaji pendapat-2 ulama yang mempunyai aliran pemikiran yang berlainan untuk diumuskan menjadi pendapat dan aliran pemikirannya .

* Guru pertama Imam Malik ialah IMAM ABDULLAH BIN YAZID dikenali sebagai 'IBNU HURMUZ' iaitu tokoh ulama di Madinah Al-Munawwarah .

* Tinggal di rumah gurunya yang pertama beberapa tahun kerana mempelajari 'Ilmu AGAMA' .

* Belajar dari Imam NAFI MAULA IBNU UMAR , Imam IBNU SYUHABA AZZAHRA , Imam ISMAIL BIN ABI HAKIM AL-MADANA dan Imam AS-SURBIN ZID ADDIZMI .

KETOKOHAN DAN PENTADBIRAN .

 Sejak berumur 17 tahun , beliau sudah diiktiraf sebagai ULAMA . Majlis-2 ilmu yang dipimpin oleh beliau mendapat sambutan yang menggalakkan termasuklah dari kalangan ulama semasa. Dengan memiliki ilmu yang mendalam dalam bidang ilmu hadis , beliau telah mengumpulkan hadis dan menyelidikinya selama 40 tahun. Dalam kajian ini beliau menilai dan memastikan kesahihan hadis-2 tersebut .


  Imam Malik berpegang teguh kepada al-quran dan as-sunnah . Beliau menggunakan 'QIAS' dan 'MASOLAH AL-MURSALAH' sebagai sumber hukum . Dengan berpegang kepada prinsip tersebut imam Malik menentang perbuatan Bid'ah dan sikap ber'Taklid . Sebaliknya beliau menggalakkan cendiakiawan islam berijtihad dalam masalah yang memerlukan hukum , sekirannya tidak terdapat nas al-quran dan as-sunnah serta ijma' . Ketika memberi fatwa beliau sangat teliti dan sedia mengaku tidak tahu , jika tidak yakin atau tiada as-sunnah yang kuat .


   Ketokohan imam Malik diakui oleh Imam Abu Hanifah beliau menyatakan 'saya belum pernah menemui seorang pun yang alim daripada Imam Malik'. Imam Syafie' pula berkata ' apabila disebut ulama' hadis maka Imam Malik adalah tokohnye dan tiada seorang pun aku lebih percaya tentang hadisnya selain daripada Imam Malik'. Imam Malik bersikap tegas dan berani menyatakan kebenaran dan keadilan. Beliau banyak menerima ujian pada zaman khalifah Abu Ja'far Al-Mansur , Al-Mahdi dan Ar-Rasyid. Beliau menolak jawatan ketua hakim kerana tidak sesuai dengan jawatan tersebut.


SUMBANGAN IMAM MALIK .


BIDANG PENULISAN : IMAM MALIK TELAH MENGHAFAZ LEBIH KURANG SERATUS RIBU HADIS DAN MEMILIH LIMA RIBU HADIS SAHAJA UNTUK DITULIS DALAM KITAB 'AL-MUATHA'' . KITAB INI SANGAT BERNILAI DAN MENGANDUNGI HADIS- SAHIH SAHAJA . KITAB MUATHA' MENJADI SUMBER RUJUKAN UTAMA DALAM KAJIAN ILMU HADIS DAN FEKAH . KHALIFAH HARUN AR-RASYID MEMBERI KEDUDUKAN YANG TINGGI TERHADAP KITAB MUATHA' DAN MENGHENDAKI SUPAYA DIJADIKANNYA SEBAGAI PANDUAN DISAMPING AL-QURAN .








BIDANG PENGASAS MAZHAB MALIKI : 
IMAM MALIK MERUPAKAN PENGASAS MAZHAB MALIKI. MAZHAB INI TERKENAL SEBAGAI MAZHAB 'ALIRAN HADIS' KERANA ASAS PEGANGAN BANYAK DIHIJAZZ KEMUDIAN BERKEMBANG KE MESIR DAN SEPANYOL . PADA MASA INI MAZHAB MALIKI DIIKUTI OLEH UMAT ISLAM DIAFRIKA UTARA IAITU 'MEROKO , TUNISIA , AL-JIRRIA , LIBYA , PALESTIN DAN MESIR' .



BIDANG MURID-2 IMAM MALIK : IMAM MALIK MEMPUNYAI SAHABAT DAN MURID YANG RAMAI ANTARA NYA ' IMAM ABU HANIFAH , IMAM SUFIAN AS-SURA , IMAM ALLIS BIN SAAD , IMAM AUZAEI' DAN IMAM ABU YUSOF . BELIAU JUGA MEMPUNYAI RAMAI MURID YANG MASHYUR , ANTARA NYA IALAH :
I-IMAM SYAFIE'
II-IMAM ASYHAB BIN ABDUL AZIZ AL-QISSI
III-IMAM ABU ABDULLAH ABDURAHMAN BIN QASIM AT-TAQA 
IV-IMAM ABU MUHAMMAD ABDULLAH BIN WAHAB AL-QARISYI

No comments:

Post a Comment