Saturday 4 August 2012

01-08-12 ?

    haii , assalamualaikum ! hmm , berapa kali lha erkk , ak na post cerita kat blog nyh ? haha . okayy-2 . sbnanye ta tawu kenapa ak nyh rajin sangat na updated blog , patot nye kner g terawih . tapy malas lha plak . moto tader . ayah n mak ak pkay . so sangatsangat yang teramat nyh malas . cukup lha disekolah . allaaa , kalau kat sekolah pon buat lapan je . hmm . syukur okayy . alhamdulillah . buat yg kter mampu n kerana ALLAH . bg aku , terlampau pnjga lha plak muqaddimah nye , tpy taper . ha ? okayy ! korg mesti na twu kan ap lha tajuk kali nyh . yg kat atas 2 tulis 01-08-12 ? ap kaitan dengan tarikh tersebut ? hmm , ny lha . kaitn nyer adalah :- u all can see at below this :-



  yeahh ! 2 lha dye . updated bnd nyh pon dha lmbt kan . allaa , biaser lha , kalau duduk ostel mmg semua bnd nyer akan jdy lmbt kan . maklom lha mnggu blik je tg dpt updated blog, tpy alhamdulillah dgn izin ALLAH , bg kami budak-2 asrama dapat pulang tiap-2 minggu pd bulan puaser nyh . BEST + HAPPY . ;) ap yg na dceritakan kat sini adlah , ak dpat bnyk kad ? bnyk ke ? tader lha bnyk mane dlm likungan atas 10 bwh 5 . arrrr ? pandai-2 lha kowg pkey kan , bper yg ak dpat . allaaa , tapayah pkey pon taper . tapenting pon n ta akan masok dlm peperiksaan , okkayy ~ na tunjuk sikit , kad yg kawan-2 ak kasi . not RIAK + TAKBUR . sebagai hiburan semata mata . HAHA :D


nyh dri awin , even daapat nyer keesokan ary tapy taper , ak HARGAI .

nyh plakk ? dri wany nordyn

yeahh ! this card from fazu a.k.a farah zulaikha

this ? from yaya 

happy friendship day 
from budakk science mean ain + dyan 


    okaayy lha . 2 shaje yg ak dpat . kbabaii . teros kan berpuasa . HAPPY FRIENDSHIP DAY FRIENDS !

Friday 3 August 2012

IfTaR rAmAdHaN ..

secret recipie , sedappp ;)


kami 4 deekay
   Haaiiiiii . muahmuahhh , haha , ta betol  sikit . okayyy , Alhamdulillah , bersyukur kehadrat ilahi dengan limpah kurniannya Allah memberi aku kesempatan untuk hidup lagi . actly ary ny na cyter pasalllll . ermmm ap erk ? btw , na tnye shadd ke ? of course lha kan shadd . oke , now ? baru na bgy tawu tajuk nyer ap at kowg semua . tajuk nyer , alaaaa , ta kan ta twu . yang kat atas 2 . tawu ta .? low ta tawu meh sini biar ak eje kan ---> I F T A R R A M A D H A N . okayy , dha twu kan ? low ta twu lgy , ak ta twu nk ckp cm ner lgy , g masok tadika balik lha . hahaha . okayy , ta lawak pon , taya gelak .

khas beb . ustazah anta balik . ak + iman + pijad .
   memandang kan ary nyh adlah malam yg ke-15 ramadhan , ar ? sedar ta sedar dha malam ke -15 . cepat sungguh mase berlalu . kelas ak n kawan-2 ak yg berada di sekolah agama menegah tinggi sultan hishamuddin tingkat 2 berhampiran dgan tangga lelaki telah mengadakan majlis berbuka puasa . actly , rancangan nyer macm kelam kabut sikit , yelaaaa , adlha sbb nyer . budak classmate ak tawu . yg len taya twu erk . secret nyh . nanti kecoh 1 skolah then mula lha sifat NGUMPAT-MENGUMPAT n DENGKI MENDENGKI . so ? better bek taya cakap . okkayy ? rancang-2 then buat lha ary nyh . ary jumaat . tpy ? yg dok jaoh 2 mcm maner plak ? first mmg ak tadapt g sbb tader saper na amek ak tyme balik . mule-2 sedih lha jgak ta dapat join . pas2 , tady kat sekolah lepas solat hajat , kteowg duduk lha kat surau sbb ckgu meeting . then , dlm kol bper ntah bwu nek klas . actly terkejot lha jgak sbb ustzh nek kelas , ustzah kesayangan kami a.k.a ustzah SALINA nek kelas . ruper-2 nyer na bincg pasal jamuan 2 . muke ustazah mmg sangat mengharap kteowg ramai-2 dapat pgy , tpy ap kan daye , finally , ramai lha jgak yg pegy . Alhamdulillah . !

   dpendekkan cyter , ustzah sanggup anta bdak-2 puchong sampai umah iaitu ak lha . saper agy . 2 lha sekolah jaoh-2 lgy , na wat cm ner dha ALLAH bgt rezeki kat ak swuh sekolah agama , takan na tolak kan . terima je lha even bnyk dugaan yg melnda ke atas driku ini . terharu beb . TERIMA KASIH USTAZAH SANGAT-2 . so , ak pon pgy lha . pakai jubah . org semua ingat ak pkay bju kurung , no lha . JUBAH ! .ak g ngan iman at skol 2 pon mak iman mara-2 sbb iman bg twu lmbt . hmm , klau ak ? ta twu na ckp cm ner  . then , dlm on the way plak . si Bella nyh plak kol . sbb na tumpang g Din Tomyam 2 , sbb terlepas Bas . adooyyy ~ mcm mner lha bole terlepas bas . aneh + pelik . tunggu ak lha 2 ? k persan je .then sampai sane around 7 . lbeyh kurang lha . bdak laki plak ? men angkut-2 . ntah lha , dha lha tader lesen , ske aty je . ta paam ak .tpy alhamdulillah , semua nyer sampai dengan selamat . yeaahhh !pic dbawh nyh petang . bru sampai ;


tyme berbuka . beli ABC sendri 
sweettt couple ;)
husnol + fariz

 
  then , apabila azan berkumandang maka berbuka lha kami semua dgan bacaan doa yg dibaca oleh ewan . kteowg first makn kurma ngan minum air , pas2 solat . solat bergilir gilir okkayyy . perempuan dulu . then baru lelaki . lpas 2 makan bersama-2 mereka . makn tomyam , telur dada , kailan ikan masin , daging ap ntah . ak pon ta twu na sebut . btw , sedaapppp . tangs ustazah . air ? air sirap limau . lpas ue makan-2 , sesi fotografi plak . tgok lha nyh ;


amboiii ! apek + pijad
happy
shai + fadhil ( sebok ngan spectakles nyer )

   hahaha , setelah semua nyer selesai . alhamdulillah , kami dapat pulang dengan bek . ak + iman penad dok dalam kete nyh sbb ap ? sbb asyk kne kan pijad je . kesian pijad . haha , coe lhaaa brother , bukan selalu pon kene kan koe . na twu ta ? pijad oiiii , jgn pnggl suami ustazah 'PAK CIK' lha . utzah mara plak . ustzah say , : bdak-2 nyh na kner nyh . hahaha , ak ngan iman gelak-2 je. 2 yg mampu . k lha rse nyer 2 je kod . terus kan lha berpuasa nyer . selamat mnyabut puasa . Gud luck SMA . MUMTAZ milik 4 deekayyy .

Friday 27 July 2012

Ramadhan tiba ;)


   Haiii , assalamualaikum . act , umat islam mest gembira kan na smbut bulan ramadhan . bukan sennag na puasa taw ! hmm , kalau na tawu , bulan puasa nyh ada dlm 1 tahun je . Special kan ? yeahhh ! mmg sangat special . kalau na dceritakan pasal bulan puasa , mmg pnjg . sekadar yg kita tahu , puasa 2 adalah MENAHAN DIRI  drpd Makan dan Minum okkayy ! now ! mari kter seaching ap i2 puasa dgan lbih lanjut nye lagy . ;)


Puasa
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi yang mempertemukan kita dengan bulan Ramadhan yang mulia. Tetamu Allah
yang cuma datang setahun sekali. Ramadhan kali ini sebenarnya berbeza dengan Ramadhan yang lalu kerana
usia kita semakin bertambah. Sebab itulah kita sepatutnya lebih merasai kehangatan Ramadhan kali ini dengan
menambahkan amalan dan kebaikan berbanding dari Ramadhan sebelumnya. Ambillah peluang Ramadhan yang tiba pada tahun ini, kerana besar kemungkinan kita tidak akan menemuinya di tahun hadapan.

Pengertian:
Puasa dalam bahasa Arab bermaksud meninggalkan. Manakala maksud di sisi ahli Feqah ialah
meninggalkan diri melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa iaitu bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari dan disertai dengan niat.

Fadhilat Puasa dan Bulan Ramadhan
Puasa bulan Ramadhan adalah salah satu rukun Islam. Setiap detik sepanjang bulan Ramadhan adalah sebaik-baik masa dan sebaik-baik hari di atas muka bumi ini. Allah telah memberikan kelebihan yang banyak kepada
bulan Ramadhan berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Rasulullah s.a.w. bersabda: 4 PANDUAN PUASA RAMADHAN

Maksudnya:
“Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka, ditutup
semua pintu Neraka dan tidak dibuka walau satu pintu, dan dibuka pintu-pintu Syurga dan tidak ditutup
walaupun satu pintu. Penyeru pun menyeru: “Wahai orang yang mengharapkan kebaikan, terimalah!, dan
wahai orang yang mengharapkan kejahatan, berhentilah!, dan (yang ikhlas) kerana Allah, akan dibebaskan  dari api neraka, dan (penyeru itu akan menyeru) pada setiap malam (Ramadhan).
(Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)

Hadith ini menerangkan beberapa keistimewaan bulan Ramadhan, antaranya akan dibuka semua pintu syurga untuk menerima amalan-amalan soleh yang begitu banyak yang dilakukan oleh orang mukmin pada bulan ini. Begitu juga akan ditutup semua pintu neraka kerana sedikitnya bilangan maksiat yang dilakukan oleh orang mukmin pada bulan ini. Syaitan-syaitan pula akan diikat apabila tiba bulan Ramadhan.

Kelebihan bulan Ramadhan juga ialah difardhukan puasa di dalamnya. Puasa merupakan setinggi-tinggi amalan bagi mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. dan puasa juga penghapus dosa-dosa atas maksiat yang dilakukan. Dalam sebuah hadith,

dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
Maksudnya:
“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan2, akan diampun segala
dosa-dosanya yang terdahulu.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Antara keistimewaan puasa juga, Allah S.W.T. akan mengandakan pahala orang-orang yang berpuasa melebihi amalanamalan lain di mana kadarnya hanya diketahui oleh Allah. Sabda Rasulullah s.a.w.:
Maksudnya:
“Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata: “Melainkan puasa, kerana ianya untuk-Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana- Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua ke-gembiraan: kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ganjaran di akhirat bagi orang yang berpuasa tentunya lebih besar, kerana nikmat dunia walau sebesar mana sekalipun tidak mungkin menyamai sekecil-kecil nikmat akhirat. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya:
“Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pintu yang dipanggil ‘Al-Rayyan’, masuk melaluinya orang-orang
yang berpuasa pada hari kiamat, tidak boleh masuk melaluinya seseorangpun selain mereka, diseru: “Mana orang-orang yang berpuasa?” maka merekapun bangun, tidak akan masuk melaluinya seorangpun selain mereka, maka apabila mereka (orang berpuasa) masuk, pintu itu akan ditutup, maka tidak boleh masuk melaluinya seorangpun.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat Al-Nasa’i dan Ibn Huzaimah pula disambung lagi: “Sesiapa yang masuk akan minum, dan sesiapa yang telah minum tidak akan dahaga selama-lamanya.” Antara bekalan yang boleh diperolehi dari ibadat puasa:

• Sifat ikhlas:
Puasa merupakan ibadah yang paling hampir dengan makna keikhlasan bagi seorang hamba. Ini kerana ibadat puasa merupakan rahsia antara hamba dan tuhannya. Seorang yang berpuasa boleh berbuka tanpa diketahui oleh orang lain, tetapi kerana ketaqwaannya kepada Allah yang mengetahui zahir dan batinnya, dan kerana mengharapkan pahala dan redha Allah, ia tidak melakukanya. Itulah sebabnya ibadat ini istimewa dari yang lain. Sifat inilah yang paling berharga dalam kehidupan seorang muslim kerana amalan yang tidak
disertai dengan keikhlasan tidak diterima oleh Allah dan tidak membuahkan hasil.

• Mujadalah dan kekentalan jiwa:
Puasa memaksa kita meninggalkan keinginan nafsu syahwat walaupun pada perkara yang telah dihalalkan kepada kita untuk melakukannya sebelum Ramadhan. Ini mendidik kita untuk lebih tegas dan meninggalkan perkara yang sememangnya telah diharamkan oleh syariat di luar bulan Ramadhan.

• Sabar:
Puasa melatih kita supaya bersabar dalam berhadapan dengan keinginan diri dan godaan luaran sepanjang
Ramadhan. Sabar seperti ini amat perlu dalam berhadapan dengan segala kemungkinan dan kehidupan.

• Memelihara fizikal:
Puasa menyebabkan kita terpaksa memelihara perut, mata, telinga, lidah, tangan dan kaki dari perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.

• Prihatin dan belas kasihan:
Puasa melahirkan rasa prihatin dan belas kasihan kepada fakir miskin, lantaran itulah disyariatkan zakat fitrah pada bulan ini untuk menguatkan lagi perasaan tersebut. Perasaan ini adalah titik tolak kepada rasa tanggungjawab untuk melakukan pembaikan dalam masyarakat.

• Membuka hijab antara diri dengan Allah:
Ibadat yang dilakukan dalam bulan Ramadhan berupaya membersihkan roh dan hati. Dengan itu terbukalah hijab antara hamba dengan tuhannya.

• Mengenali erti kejayaan sebenar:
Puasa mengajar mukmin erti kejayaan sebenar. Bukanlah harta atau kedudukan menjadi kayu pengukur kepada kejayaan tetapi tercapainya matlamat yang telah digariskan oleh Allah adalah kejayaan yang hakiki. Orang yang berpuasa akan memperolehi dua kejayaan, pertama ketika berbuka dan kedua ketika menemui tuhannya.

• Rasa belas dan lemah lembut:
Rasulullah s.a.w. mengajar umatnya, apabila seseorang mencaci atau memperli orang berpuasa, maka hendaklah ia berkata “Aku berpuasa!.” Seorang mukmin yang hakiki amat berhajat kepada latihan seperti ini, kerana tidak mungkin dakwah dapat disebarkan dengan kekerasan. Bahkan ia memerlukan sikap berlapang dada dan kemampuan menahan diri dari perasaan marah. Permusuhan dan perbalahan tidak sedikitpun mendatangkan keuntungan kepada dakwah, bahkan merugikan masa dan tenaga.

• Memperkukuhkan Kesatuan Ummah:
Orang Islam di seluruh pelosok dunia berpuasa dalam bulan yang sama. Masing-masing merasakan nikmat dan kebaikan bulan Ramadhan dan perasaan ini dikongsi bersama oleh seluruh umat Islam tanpa mengira bangsa, keturunan, warna kulit, bahasa dan melampaui batas geografi. Merasai wujudnya kesatuan umat adaah perkara dharuriah atau yang paling utama yang perlu ada dalam diri setiap mukmin.

• Merapatkan hubungan dengan alam:
Penentuan Ramadhan dan Syawal, membawa umat Islam memerhati perjalanan bulan dan bintang. Demikian itu melahirkan rasa keagungan kepada Penciptanya.

• Menjaga Masa:
Puasa mengajar seorang muslim supaya teliti dengan masa dan jadual hidup. Ketika bulan Ramadhan, seorang Muslim perlu teliti dalam menentukan waktu berbuka dan sahur kerana sedikit kesilapan akan membatalkan puasanya. Disiplin masa seperti ini amat perlu dalam kehidupan seorang mukmin agar setiap perancangan hidupnya berjaya dan tepat pada masa yang ditetapkan.

• Kesihatan Tubuh Badan:
Pakar-pakar perubatan mendapati puasa boleh menyembuhkan pelbagai penyakit yang tidak boleh
dipulihkan oleh sesetengah ubat-ubatan moden atau tradisi. Di mana kedudukan puasa kita? Imam Ghazali dalam kitabnya ‘Ihya Ulumiddin’ menyebut : “Puasa ada tiga kedudukan: puasa al-umum, puasa al-khusus
dan puasa khusus al-khususPuasa al-umum ialah menahan perut dan kemaluan dari memenuhi kehendak syahwat. Puasa al-khusus pula ialah menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota badan dari melakukan dosa. Manakala puasa khusus al-khusus ialah menahan hati dari
keinginan yang buruk dan dari memikirkan sesuatu selain dari Allah secara total. Puasa akan terbatal pada tahap ini lantaran memikirkan perkara-perkara selain dari Allah dan hari akhirat. Demikian juga akan terbatal puasa dengan memikirkan dunia kecuali urusan dunia yang kepentingannya untuk agama kerana itu termasuk dalam bekalan akhirat dan bukan urusan dunia. Arbab al-Qulub (orang yang prihatin dengan hati mereka) berkata: sesiapa yang pada siang Ramadhan tergerak keinginannya mencari apa yang akan dimakan ketika berbuka puasa, maka ditulis satu kesalahan, kerana ianya lahir dari sikap kurang percaya kepada pemberian Allah dan kurang yakin terhadap rezekinya yang telah dijanjikan. Tahap puasa seperti ini ialah tahap para nabi, al- Siddiqin dan al-Muqarrabin. Puasa seperti ini ialah tahap para nabi, al-Siddiqin dan al-Muqarrabin. Puasa seperti ini tidak mungkin dapat digambarkan dengan perkataan tetapi boleh direalisasikan dengan amalan.”

Menurut Imam al-Ghazali juga bagi mencapai tahap puasa al-khusus iaitu puasa orang soleh maka perlu menyempurnakan 6 perkara iaitu:

1. Menundukkan pandangan dan menahan dari melihat perkara yang tercela dan dibenci oleh syariat serta dari segala perkara yang boleh menggangu dan melalaikan hati dari mengingati Allah S.W.T..
2. Memelihara lidah dari menuturkan perkataan yang tidak berfaedah seperti gurau senda, mengumpat, dusta
dan sebagainya. Hendaklah lebih banyak berdiam diri, memperbanyakkan zikir dan membaca al-Quran.
3. Menahan dari mendengar perkataan yang dibenci oleh syarak. Ini kerana setiap perkataan yang diharamkan dituturkan maka haram juga didengar. Justeru, Allah menyamakan pendengaran haram dengan memakan harta haram seperti firman-Nya:
...
Maksudnya:
“Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah
dan sebagainya).”
(Surah al-Maidah: 42)
4. Menahan anggota tubuh badan dari melakukan dosa seperti menahan tangan dan kaki dari perkara yang
dilarang dan menahan perut dari perkara-perkara syubhat ketika berbuka. Ini kerana tidak ada makna
berpuasa sekiranya pada siang hari menahannya dari makanan halal tetapi berbuka dengan makanan haram.
5. Tidak berlebihan ketika berbuka dengan makanan halal sehingga perut penuh dengan makanan tersebut. Ini kerana tidak ada bekas yang lebih dibenci oleh Allah dari perut yang penuh dengan makanan halal. Bagaimana mungkin seseorang itu mampu mematahkan keingginan syahwatnya dan mengalahkan musuhnya sedangkan ketika berbuka ia seolah-olah hendak mengembalikan semula makanan yang terlepas ketika ia berpuasa pada siang harinya. Hingga sesetengah mereka memakan makanan yang tidak biasa dimakannya ketika hari tidak diwajibkan berpuasa.
6. Hendaklah timbul dalam hatinya rasa takut dan penghargaan kepada Allah, kerana dia tidak tahu sama
ada puasanya diterima oleh Allah dan termasuk di kalangan orang yang berjaya, ataupun puasanya tidak
diterima lalu dia termasuk di kalangan orang yang celaka.

Akhir sekali, dikedudukan mana puasa kita?
Puasa khusus al-khusus, puasa al-khusus atau sekadar puasa al-umum sahaja?

Hukum mengerjakan puasa:
Hukumnya ialah Fardhu Ain dan kefardhuan ini dithabitkan dengan Al-Quran, Al-Sunnah dan Ijma’ Ulama:
• Al-Quran: Firman Allah S.W.T.:-
Maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang
yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”
(Surah al-Baqarah: 183)

Maksudnya:
“Didirikan Islam atas lima perkara - antaranya -puasa Ramadhan.”
(Riwayat al-Bukhari)

• Ijma’: Puasa merupakan perkara dharuriah dalam agama di mana sesiapa yang mengingkari wajibnya puasa maka ia menjadi kufur, manakala sesiapa yang meninggalkan puasa tanpa uzur syarie, hendaklah dipenjarakan dan ditegah dari makan agar terhasil gambaran puasa pada dirinya.5 Amaran kepada orang yang meninggalkan berpuasa:

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
Maksudnya:
“Sesiapa yang berbuka puasa Ramadhan bukan kerana rukhsah (kelonggaran) yang dirukhsahkan oleh Allah,
tidak dapat diqadha’kan dengan puasa setahun, walaupun ia betul-betul (melakukan) puasa setahun itu.”
(Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan at-Tirmizi)

Rukun puasa:
Rukun puasa ada tiga iaitu:
1. Orang yang berpuasa:
Seseorang yang berpuasa itu hendaklah seorang muslim, baligh, berakal, berkeupayaan dan bersih dari haid dan nifas.
• Tidak sah puasa orang yang kafir kerana puasa adalah ibadah dan orang kafir bukan ahli ibadah.
• Puasa tidak wajib ke atas kanak-kanak yang belum baligh tetapi hendaklah dididik dan dibiasakan semenjak kecil.
• Orang yang tidak mampu untuk berpuasa di mana jika ia berpuasa boleh mengakibatkan mudharat seperti
orang yang terlalu tua atau sakit yang tiada harapan untuk sembuh, maka tidak wajib berpuasa. Akan tetapi
wajib diganti dengan secupak makanan bagi setiap sehari puasa yang ditinggalkan.
• Bagi perempuan yang datang haid atau nifas maka tidak sah puasa mereka pada hari datangnya haid dan nifas. Sekiranya haid dan nifas datang pada siang hari, maka batallah puasanya pada hari itu. Sekiranya ia bersih dari haid pada malam hari, wajib ke atasnya puasa keesokan harinya sekalipun belum sempat mandi wajib. Mereka hendaklah mengganti puasa tersebut mengikut bilangan hari-hari yang mereka tinggalkan selepas bulan Ramadhan.
• Harus berbuka bagi orang yang bermusafir jauh sekiranya ia takut ditimpa mudharat. Sekiranya
 musafir tidak mendatangkan mudharat maka lebih afdhal ia berpuasa. Dia wajib menggantikan puasa yang
ditinggalkan selepas bulan Ramadhan.
• Harus berbuka bagi orang yang sakit, mengandung dan menyusukan anak sekiranya ia bimbang puasa boleh
mendatangkan mudharat ke atas dirinya atau anaknya. Dan dia wajib menggantikannya semula selepas bulan
Ramadhan. Bagi sakit yang biasa maka tidak boleh meninggalkan puasa.

2. Niat:
• Puasa Ramadhan tidak sah tanpa niat.
• Niat itu di dalam hati dan bukan dengan lisan di mana tidak disyaratkan ‘Talaffuz’ (menyebut niat dengan
lisan).8
• Ketika berniat, wajib menentukan jenis puasa seperti Ramadhan bagi puasa bulan Ramadhan.
• Bagi puasa-puasa yang wajib, niat disyaratkan hendaklah dibuat pada malam hari, iaitu selepas terbenam matahari hingga sebelum subuh. Pendapat yang sahih dalam mazhab Syafie ialah tidak sah niat yang serentak dengan ketibaan waktu fajar.9 Bagi puasa sunat pula, dibolehkan berniat pada siang hari selagi belum tergelincir matahari (masuk waktu zohor).
• Niat hendaklah diakukan pada setiap malam untuk setiap hari puasa yang dilakukan. Ini berdasarkan
pendapat Imam Syafie, Abu Hanifah dan riwayat paling sahih dari Imam Ahmad.10 Mengikut pendapat
Imam Malik dan riwayat dari Imam Ahmad pula, cukup sekali niat sahaja untuk satu bulan Ramadhan
dan hendaklah niat itu dilakukan pada malam pertamaRamadhan.

3. Meninggalkan dari melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa iaitu:
(i) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja dan tidak ada beza sama ada yang boleh dimakan atau tidak, termasuklah merokok.
• Ijma’ ulama mengatakan terbatal puasa dengan makan dan minum.
• Suntikan melalui kemaluan atau dubur adalah membatalkan puasa. Manakala suntikan melalui kulit pula ulama’ dalam Mazhab Syafie berselisih pendapat. Menurut pendapat Dr. Yusuf al- Qaradhawi, ia tidak membatalkan puasa.
• Perkara-perkara yang tidak dapat dihindarkan seperti habuk jalan dan air liur adalah tidak membatalkan puasa. Puasa terbatal dengan menelan kahak yang keluar dari kepala atau dada dengan sengaja.
• Batal puasa dengan memasukkan jari atau sebagainya ke dalam dubur atau faraj.
• Puasa adalah terbatal dengan memasukkan sesuatu ke dalam telinga dengan sengaja.
• Kesemua perkara tadi jika dilakukan dengan tidak sengaja, tersilap atau terlupa maka ia tidak membatalkan puasa.
(ii) Muntah dengan sengaja (seperti kerana memasukkan jari ke dalam mulut) adalah membatalkan puasa dan
wajib diganti. Bagi muntah yang tidak sengaja atau menjadi kebiasaannya muntah maka itu tidak
membatalkan puasa. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya:
“Sesiapa yang biasa muntah dan dia berpuasa maka tidak wajib ke atasnya qadha’ puasa. Dan sesiapa
yang sengaja muntah, maka hendaklah mengqadha’- kannya.”
(Riwayat Ashabul Sunan)
(iii) Keluar darah haid dan Nifas walaupun di penghujung waktu puasa adalah dikira membatalkan puasa dan
wajib diganti.
(iv) Keluar air mani dengan sengaja sama ada kerana bercumbuan atau memeluk isteri, atau dengan tangan
maka ianya membatalkan puasa dan wajib diganti.
• Sekiranya air mani itu keluar kerana mimpi atau berangan-angan maka tidaklah membatalkan
puasa.
• Keluar air Mazi tidak membatalkan puasa. (v) Jimak (bersetubuh):
• haram berjimak bagi orang yang berpuasa pada siang harinya dan ia membatalkan puasa tidak kira sama ada ia dilakukan di faraj atau dubur, keluar air mani ataupun tidak. Liwat yang dilakukan pada lelaki, kanak-kanak atau binatang juga adalah membatalkan puasa.
• Suami dan isteri yang melakukan jimak maka wajib ke atas kedua-duanya mengqadha’kan
semula puasa mereka yang terbatal.
• Kaffarah (denda) hanya wajib ke atas lelaki (suami) dan tidak wajib ke atas perempuan.
• Kadar Kaffarah ialah membebaskan seorang hamba. Bagi yang tidak ada hamba maka hendaklah berpuasa selama dua bulan berturut-turut. Sekiranya tidak mampu, dikehendaki memberi makan 60 orang fakir miskin.20
• Sesiapa yang menjimak isteri sebanyak 2 hari berpuasa atau lebih, maka kaffarahnya juga ialah 2 kali kaffarah atau lebih.
(vi) Murtad:
Ulama’ bersepakat bahawa sesiapa yang murtad maka batallah puasanya dan wajib qadha’ hari yang ia murtad, sekiranya ia kembali memeluk Islam.
(vii) Gila atau pengsan, sekiranya berlaku sepanjang hari dan dia tidak sedar walaupun satu saat maka batal
puasanya.
(viii) Menukar niat: Sesiapa yang berniat buruk untuk berbuka puasa maka batal puasanya. Pendapat ini dipegang oleh Imam Syafie, Abu Thaur, Abu Hanifah dan pendapat yang paling jelas dalam Mazhab Hanbali.

Adab-adab dan sunat puasa
1. Bersahur dan mengakhirkan sahur. Bersahur merupakan amalan sunat berdasarkan hadith yang
diriwayatkan daripada Anas r.a., bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
Maksudnya: “Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sahur adalah berkat kerana ia membantu menguatkan orang yang berpuasa. Waktu bersahur ialah bermula pada pertengahan malam hingga terbit fajar namun disunatkan mengakhirkan waktu
bersahur. Diriwayatkan daripada Zaid bin Thabit bahawa beliau
berkata:
Maksudnya: “Kami telah bersahur bersama Rasulullah s.a.w., kemudian kami bangkit untuk solat (subuh). Dan kadar antara azan (subuh) dan sahur ialah sekadar (bacaan) lima puluh ayat.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Seseorang itu sudah dikira bersahur walaupun dengan minum seteguk air. Sabda Nabi s.a.w.:
Maksudnya:
“Sahur itu berkat, maka janganlah kamu tinggalkannya
walaupun seorang antara kamu (hanya)
meneguk seteguk air.”
(Riwayat Ahmad)
2. Mempercepatkan berbuka puasa apabila terbenamnya matahari.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Maksudnya:
“Kekallah umatku dengan kebaikan selagimana mereka mempercepatkan berbuka puasa.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Begitu juga disunatkan berbuka puasa dengan tamar. Sekiranya tiada tamar maka sunat dengan air. Sunat juga berdoa ketika berbuka. Antara doa Rasulullah s.a.w. ketika berbuka ialah:
3. Sunat beriktikaf sepanjang bulan Ramadhan khususnya pada sepuluh hari terakhir Ramadhan.
4. Tidak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan kehendak dan tujuan puasa. Puasa bukanlah sekadar menahan diri daripada makan dan minum, tetapi juga menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Allah sama ada berupa iktikad, perbuatan atau pertuturan.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya:
“Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan mengamalkannya maka Allah tidak berhajat
pada apa yang ia tinggalkan dari makanan dan minumannya.”
(Riwayat al-Bukhari)
Rasulullah s.a.w. juga memerintahkan kepada orang yang berpuasa sekiranya berhadapan dengan celaan atau permusuhan maka hendaklah ia sabar dan berkata: “Aku berpuasa.”
5. Tadarus Al-Quran. Jibrail a.s. bertadarus Al-Quran dengan Rasulullah s.a.w. pada setiap malam sepanjang
bulan Ramadhan.

Perkara yang harus ketika berpuasa:
1. Menjirus kepala:
Ini kerana terdapat hadith yang mengharuskan orang yang berpuasa berbuat demikian. Antaranya hadith yang diriwayatkan oleh Abu Bakar bin Abdul Rahman di mana sesetengah sahabat Nabi s.a.w. menceritakan kepadanya bahawa mereka berkata:
Maksudnya:
“Sesungguhnya aku telah melihat Rasulullah s.a.w. menjirus air ke atas kepalanya dan baginda berpuasa, (demikian itu) kerana dahaga atau kerana kepanasan.”
(Riwayat Ahmad, Malik dan Abu Daud)
2. Menitikkan sesuatu ke dalam mata sama ada rasanya boleh dirasai di halkum atau tidak. Ini kerana mata bukanlah lubang rongga yang berhubung dengan halkum. Pendapat inilah yang dipegang di dalam Mazhab Syafie dan Ibn Munzir menghikayatkan pendapat yang sama dari Abu Hanifah, Ata’, Hassan, Al-Nakhaie serta Al-Auzai’e. Inilah juga pendapat Daud Al-Zaahiri.27
3. Makan, minum dan berjimak di malam hari sehingga terbit fajar. Harus juga kepada orang yang berpuasa mengakhirkan mandi junub sehingga selepas terbit fajar. Begitu juga kepada wanita yang datang haid dan nifas, adalah harus melewatkan mandi wajib sehingga selepas terbit fajar walaupun darahnya berhenti pada malam hari.
4. Merasai makanan tanpa menelannya. Ulama-ulama Mazhab Syafie berpendapat bahawa sekiranya seseorang berhajat untuk merasai makanan seperti untuk diberikan kepada anaknya yang kecil, maka harus dilakukan kerana dharuriah.
Kata Imam Ahmad bin Hanbal: “Aku lebih suka jika dapat dihindari dari merasai makanan, tetapi sekiranya
dilakukan maka tidaklah mengapa.”

Perkara yang makruh ketika berpuasa:
1. Berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung ketika berwudu’ secara berlebih-lebihan.
Imam Syafie dan sahabat-sahabat dalam Mazhab telah sepakat bahawa disunatkan kepada orang yang berpuasa berkumur-kumur dan membasuh hidung ketika berwudu’ tetapi makruh berlebih-lebihan. Pendapat yang paling sahih dalam Mazhab Syafie ialah sekiranya berlebih-lebihan ketika melakukannya hingga menyebabkan air masuk ke dalam rongga maka batal puasa berdasarkan hadith:
Maksudnya:
“Apabila engkau membasuh hidung (ketika berwudu’) maka buatlah bersungguh-sungguh
kecuali ketika engkau berpuasa.”
2. Menyambung puasa seperti tidak berbuka selama dua hari berturut-turut. Hukumnya adalah makruh
menurut Jumhur Ulama’. Manakala pendapat paling sahih dalam Mazhab Syafie pula ialah hukumnya
haram.
3. Bagi suami isteri yang berada pada peringkat usia muda, adalah makruh mencium isteri kerana ditakuti akan merangsang naluri dan membawa kepada perkara yang membatalkan puasa.
4. Makruh bersiwak (berus gigi) selepas gelincir matahari menurut Imam Syafie dan Ahmad. Qiamullail dan Solat Tarawih: Memakmurkan malam-malam sepanjang bulan Ramadhan adalah sunat dan amat dituntut oleh Rasulullah s.a.w.. Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda:
Maksudnya:
“Sesiapa yang bangun (Qiamullail) pada bulan Ramadhan dengan keimanan dan pengharapan, diampunkan baginya dosa-dosanya yang terdahulu.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Antara ibadat-ibadat yang dituntut sepanjang Ramadhan ialah solat Tahajjud, membaca Al-Quran dan mengkhatamkannya sekerap yang mungkin. Qiamullail dalam bulan Ramadhan juga diberi maksud sebagai mengerjakan solat Tarawih secara berjemaah. Daripada Aisyah r.a. bahawa Nabi s.a.w. menunaikan solat
Tarawih di masjid lalu diikuti beberapa orang bersamanya. Kemudian baginda solat lagi dan orang yang solat bersamanya semakin bertambah ramai. Seterusnya orang ramai berhimpun pada malam ketiga dan keempat tetapi Rasulullah s.a.w. tidak keluar untuk solat Tarawih bersama mereka. Apabila tiba waktu
subuh, Rasulullah s.a.w. bersabda dengan mereka:
Maksudnya:
“Sesungguhnya aku melihat apa yang kamu lakukan. Tiada yang menghalang aku keluar kepada kamu selain kerana aku takut ianya difardhukan ke atas kamu.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Pada zaman pemerintahan Amirul Mukminin Umar bin Al- Khattab r.a., umat Islam pada peringkat awal mengerjakan solat Tarawih secara bersendirian. Kemudian Umar memerintahkan mereka mengerjakannya secara berjemaah dan beliau melantik Ubai bin Kaab sebagai imam. Sekalipun solat Tarawih boleh dilakukan secara bersendirian namun kelebihan adalah secara berjemaah. Nabi s.a.w. telah bersabda:
Maksudnya:
“Seseorang lelaki yang bersolat (tarawih) bersama imam sehingga imam itu pulang (selesai mengerjakan solat), ia dikira telah bangun (beribadat) keseluruhan malam.”
(Riwayat Ashabussunan)

Rakaat Solat Tarawih:
Ulama berselisih pandangan dalam menentukan rakaat solat Tarawih. Ada yang berpendapat 41 rakaat, 39 rakaat, 23 rakaat, 13 rakaat dan ada yang berpendapat 11 rakaat di samping beberapa pendapat yang lain.
Daripada Aisyah r.a. berkata: “Rasulullah s.a.w. tidak mengerjakan (solat sunat) pada bulan Ramadhan dan bukan Ramadhan melebihi sebelas rakaat di mana (mulanya) baginda solat empat rakaat dan jangan engkau tanya akan keelokan dan panjangnya. Kemudian baginda mengerjakan empat rakaat lagi dan jangan engkau tanya akan keelokan dan panjangnya. Kemudian baginda solat pula tiga rakaat.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Berdasarkan hadith yang diriwayatkan daripadaIbn Abbas r.a dan Zaid bin Khalid36 r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. mengerjakan solat Tarawih sebanyak 13 rakaat. Daripada Al-Saaib bin Yazib r.a. berkata: Umar bin Khattab memerintahkan Ubai bin Kaab dan Tamim Al-Daari mengimamkan (solat Tarawih) sebanyak 11 rakaat.37 Riwayat ini menyerupai bilangan rakaat yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Dalam riwayat yang lain yang juga datang daripada Al-Saaib bin Yazib menyebut: “Mereka mengerjakan solat Tarawih pada zaman Umar bin Al-Khattab r.a. dalam bulan Ramadhan sebanyak 20 rakaat.” Beliau juga menyebut: “Umar menghimpunkan manusia berimamkan Ubai bin Kaab dan Tamim Al-Daari dengan 21 rakaat.” Begitu juga diriwayatkan bahawa umat Islam mengerjakan solat Tarawih semasa zaman Umar sebanyak 23 rakaat.
Memandangkan begitu banyak pendapat dalam masalah rakaat Tarawih dan setiap pandangan diperkuatkan dengan dalil yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. dan Khalifah selepasnya iaitu Umar Al-Khattab, maka Sheikhul Islam Ibn Taimiyyah telah menyimpulkan kesemua pandangan tersebut dengan katanya:
“Sesiapa yang menyangka bahawa Qiam (Tarawih) dalam bulan Ramadhan telah ditetapkan rakaatnya oleh Rasulullah s.a.w. dengan tidak boleh ditambah atau dikurang maka adalah sangkaan) yang silap.”
Beliau berkata lagi: “Maka hendaklah memperbanyak dan mengurangkan rakaat berdasarkan panjang dan pendeknya solat.” Pada zaman Rasulullah s.a.w., baginda dan para sahabatnya mengerjakan solat Tarawih dengan memanjangkan rakaat solat sehingga diriwayatkan bahawa Baginda membaca dalam satu rakaat keseluruhan surah Al-Baqarah, Al-Nisa’ dan Ali-Imran. lantaran panjangnya bacaan, menyebabkan mereka mengurangkan bilangan rakaat. Apabila umat Islam pada zaman Saidina Umar tidak mampu untuk berdiri lama seperti yang dilakukan oleh Rasulullah dan para sahabatnya, maka Umar r.a. mengarahkan Ubai bin Kaab agar memperbanyakkan rakaat dengan bacaan yang pendek sebagai ganti. Berdasarkan riwayat-riwayat yang sahih, menunjukkan umat Islam pada zaman Umar melakukan solat Tarawih sebanyak 11 rakaat, 13 rakaat, 23 rakat hingga 39 rakaat.43 Maka mereka yang solat sebanyak 11 rakaat atau 123 rakaat dengan niat mencontohi Rasulullah s.a.w., maka ianya adalah baik. Sesiapa yang mengerjakannya \ sebanyak 23 rakaat dengan berdasarkan amalan umat Islam pada zaman Umar r.a., juga adalah baik. Kesemuanya akan mendapat pahala berdasarkan niat masing-masing. Manakala dalam Mazhab Syafie’, pendapat yang dipakai ialah 20 rakaat dengan melakukan salam selepas setiap 2 rakaat. Imam Nawawi mengingatkan kepada para imam dan orang yang menunaikan solat Tarawih supaya menyempurnakan kesemua tuntutan solat kerana didapati sebahagian mereka mengabaikan beberapa zikir dan bacaan solat (dengan niat mempercepatkan solat). Imam Nawawi juga menyebut, seelok-eloknya dikhatamkan keseluruhan al-Quran dalam solat Tarawih sepanjang bulan Ramadhan dengan menghabiskan 1 juzuk
semalam. Begitu juga para imam hendaklah mempastikan bacaan mereka tidak terlalu panjang seperti melebihi 1 juzuk semalam.

Kelebihan Malam Sepuluh Terakhir Ramadhan dan Lailatul Qadar.
Antara kelebihan malam sepuluh terakhir Ramadhan ialah:
1. Rasulullah s.a.w. memperbanyakkan ibadah pada malam sepuluh terakhir melebihi daripada malammalam
sebelumnya. Aisyah r.a. berkata: Maksudnya:
“Rasulullah s.a.w. apabila masuk malam sepuluh terakhir Ramadhan, baginda menghidupkan malam dengan ibadah), mengejutkan keluarganya (bangun beribadah), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah dari isteri-isterinya.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
2. Pada malam sepuluh terakhir terdapat satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar (malam yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang banyak).
• Pada malam inilah diturunkan al-Quran sebagaimana firman Allah S.W.T.:
Maksudnya:
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al- Quran) pada malam Lailatul Qadar.”
(Surah al-Qadar: 1)
Ibn Abbas berkata: Allah menurunkan al-Quran sekaligus dari Al-Luh Al-Mahfuz ke Bait al-E’zzah yang terletak di langit dunia. Kemudian ia diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah s.a.w., selama 23 tahun.
• Lailatul Qadar disifatkan lebih baik dari seribu bulan, firman Allah S.W.T.:
Maksudnya:
“Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.”
(Surah al-Qadar: 3)
• Malam ini juga disifatkan sebagai malam berkat, firman Allah S.W.T.:
...
Maksudnya:
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) itu pada malam yang berkat (Lailatul Qadar).”
(Surah al-Dukhan: 3)
• Pada malam ini juga turunnya para Malaikat. Dan Malaikat turun bersama-sama turunnya berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini.
• Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah S.W.T.:
Maksudnya:
“Kami menurunkan al-Quran pada malam yang tersebut kerana pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmah serta tetap berlaku (tidak berubah atau bertukar).”
(Surah al-Dukhan: 4) Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ ialah pada malam tersebut Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.49
• Allah S.W.T. mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan malam tersebut dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan. Bila Lailatul Qadar? Nabi s.a.w. bersabda:
Maksudnya:
“Carilah Lailatul Qadar pada malam sepuluh terakhir Ramadhan.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Rasulullah s.a.w. bersabda lagi:
Maksudnya
“Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil pada sepuluh malam terakhir.”
(Riwayat al-Bukhari)
Imam Nawawi berpendapat bahawa memandangkan hadithhadith yang menceritakan tentang Lailatul Qadar berselisih pada waktunya, maka ini menunjukkan bahawa malam tersebut berpindah-pindah pada setiap tahun.

 Oleh itu, marilah kita sama-sama memanfaatkan malam sepuluh terakhir Ramadhan dan menghidupkannya dengan ibadah dan doa. Dalam sebuah hadith riwayat at-Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada Lailatul Qadar,
apa yang aku perlu buat? Baginda menjawab: katakanlah: Iktikaf pada malam sepuluh terakhir Ramadhan di mana fadhilatnya lebih banyak dari hari-hari biasa. Maksud iktikaf di sini ialah mendampingi masjid untuk mentaati Allah. Rasulullah s.a.w. tidak pernah sekalipun meninggalkan iktikaf pada sepuluh malam terakhir Ramadhan sehinggalah baginda wafat. Isteri-isteri baginda juga turut beriktikaf bersama-samanya ketika baginda hidup dan selepas baginda wafat.
• Syarat sah iktikaf: Islam, berakal, tidak berjunub dan bersih dari haid dan nifas bagi perempuan.
• Niat: Iktikaf adalah ibadah yang tidak sah melainkan dengan niat.
• Masjid: Iktikaf hendaklah dilakukan di masjid.
• Waktu bermula iktikaf: Seseorang yang ingin beriktikaf hendaklah masuk ke dalam masjid sebelum terbenam matahari kedua puluh Ramadhan.
• Waktu berakhir iktikaf: Berakhirnya iktikaf ialah selepas terbenamnya matahari pada hari terakhir
Ramadhan.
• Perkara yang membatalkan iktikaf: (1) keluar dari masjid tanpa hajat dengan sengaja. (2) Murtad. (3) hilang akal kerana gila atau mabuk, (4) datang haid atau nifas
dan (5) jimak. Firman Allah S.W.T.:-
... ...
Maksudnya:
“... dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid.”
(Surah al-Baqarah: 187)
• Perkara yang sunat dilakukan: memperbanyakkan ibadat sunat seperti solat, membaca al-Quran, tasbih,
tahmid, takbir, istighfar, salawat dan doa. Begitu juga menghadiri majlis ilmu, mengulangkaji kitab hadith,
tafsir, sirah nabi dan sebagainya.
• Perkara yang harus dilakukan: Keluar daripada masjid kerana hajat dan dharuriah seperti keluar untuk
mengucapkan selamat tinggal kepada saudara mara, menziarahi kematian atau orang sakit. Begitu juga
harus hukumnya mandi, memotong rambut, kuku, memakai pakaian yang bersih dan wangi-wangian.

Zakat Fitrah:
zakat fitrah adalah wajib ke atas setiap muslim tidak kira sama ada lelaki, perempuan, kanak-kanak, dewasa, merdeka ataupun hamba. Abdullah bin Umar r.a. berkata:
Maksudnya:
“Rasulullah s.a.w. telah memfardhukan zakat fitrah di dalam Ramadhan ke atas umat Islam secupak tamar atau secupak gandum sama ada yang merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan, kanakkanak atau dewasa.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Siapa yang wajib membayar zakat fitrah:
1. Menurut Mazhab Jadid (baru) Imam Syafie dan pendapat Imam Ahmad berdasarkan riwayat dari
Imam Malik: “Wajib ke atas setiap muslim yang dilahirkan sebelum terbenam matahari hari terakhir Ramadhan.” Pendapat ini yang dipakai dalam Mazhab Syafie.”
2. Manakala Mazhab Qadim (lama) Imam Syafie dan pendapat Imam Abu Hanifah pula berdasarkan riwayat
dari Imam Malik: “Wajib ke atas muslim yang dilahirkan sebelum terbit fajar Hari Raya Pertama.”

Waktu membayar zakat fitrah:
Zakat fitrah boleh dibayar bermula dari awal Ramadhan. Sunat hukumnya membayar selepas fajar Hari Raya Pertama hingga waktu solat Hari Raya. Makruh membayarnya selepas solat Hari Raya dan ia tidak dikira sebagai zakat sebaliknya sedekah. Dan hukumnya haram membayar zakat fitrah selepas berakhirnya Hari Raya Pertama. Sabda Rasulullah s.a.w.:-
Maksudnya:
“Sesiapa yang menunaikan zakat fitrah sebelum solat maka ia adalah zakat yang diterima dan sesiapa yang membayarnya selepas solat maka ia adalah sedekah daripada sedekah-sedekah (yang dibuat pada waktu-waktu biasa).”
(Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah)
Kadarnya:
Secupak daripada makanan rasmi sesebuah negara. Sesetengah ulama seperti Imam Abu Hanifah berpendapat, harus mengeluarkan zakat fitrah dengan nilai secupak makanan tersebut sekiranya ia lebih bermanfaat kepada fakir miskin53 seperti dengan nilai ringgit dan sebagainya. Qadha’ dan Fidyah Puasa.
• Seseorang yang meninggalkan puasa Ramadhan kerana uzur atau tanpa uzur, wajib qadha’ puasanya di luar
bulan Ramadhan.
• Seseorang yang melambatkan qadha’ puasanya kerana uzur syarie’ yang berterusan, seperti ia masih musafir
atau sakitnya berterusan hingga ke Ramadhan tahun berikutnya di mana tiada ruang langsung untuk mengqadha’kan puasa tersebut, hukumnya harus ia melewatkan qadha’ dan tidak wajib membayar fidyah
sekalipun ia telah melangkau beberapa Ramadhan. Cuma wajib ke atasnya qadha’ bilangan hari-hari puasa
yang ia tinggalkan.
• Sekiranya ia melewatkan qadha’ puasa yang ditinggalkan hingga melangkau ke Ramadhan tahun berikutnya tanpa uzur syarie’, maka wajib ke atasnya qadha’ dan fidyah (1 hari = 1 qadha’ + 1 fidyah). Dan sekiranya ia melampaui dua kali Ramadhan atau lebih maka wajib 2 kali fidyah atau lebih iaitu bagi sehari puasa yang ia tinggalkan di samping qadha’. (melangkau 2 Ramadhan maka 1 hari = 1 qadha + 2 fidyah).
• Sunat menyegerakan qadha’ puasa bagi mereka yang meninggalkannya kerana uzur syarie’. Bagi mereka yang meninggalkan puasa tanpa uzur syarie’ maka: pendapat pertama: wajib disegerakan dan tidak boleh bertangguh; pendapat kedua: boleh dilambatkan dan ini pandangan kuat di sisi ulama-ulama Mazhab Syafie
di Iraq. Pendapat pertama adalah pandangan sahih yang dipilih oleh Imam Nawawi.
• Sunat menyegerakan qadha’ puasa secara berturutturut.
• Qadha’ puasa tidak boleh dilakukan pada hari-hari bulan Ramadhan, Hari Raya Puasa, Hari Raya Korban
dan hari-hari Tasyriq. Qadha’ puasa bagi yang meninggalkannya kerana hamil atau menyusukan anak
• Bagi orang yang hamil atau menyusukan anak, sekiranya ia meninggalkan puasa kerana takut ditimpa mudharat pada dirinya sendiri, wajib ke atasnya qadha’ dan tidak wajib fidyah.
• Sekiranya ia berbuka kerana takut bayi yang berada dalam kandungan atau bayi yang disusukannya ditimpa
mudharat, pendapat paling jelas dalam Mazhab Syafie ialah wajib qadha’ dan fidyah. Hukum orang yang mati dan belum dapat sempat mengqadha’kan puasanya:
• Terdapat dua keadaan:
Keadaan Pertama: Sekiranya si mati tidak mengqadha’ puasanya kerana uzur yang berterusan dan tiada ruang yang memungkinkannya mengqadha’ puasa seperti sakit, musafir, pengsan, nifas, hamil atau menyusukan anak dan uzur tersebut berterusan hingga ia mati maka tidak wajib ke atas warisnya qadha’ puasa dan membayar fidyah untuknya. Keadaan Kedua: Si mati berkemungkinan mengqadha’ puasa yang ditinggalkan dan ada ruang untuknya berbuat demikian tetapi ia tidak melakukannya kerana uzur atau sengaja sehinggalah ia mati,
maka ada dua pendapat: Qaul Jadid Imam Syafie: Wajib dikeluarkan daripada harta peninggalannya, secupak makanan rasmi untuk setiap hari yang ia tinggalkan dan walinya tidak sah mengqadha’ puasa si mati. Qaul Qadim Imam Syafie: Walinya boleh mengqadha’kan puasa bagi si mati, tetapi bukanlah wajib hukumnya, dan wali boleh memilih sama ada mengqadha’kannya atau membayar fidyah. Pendapat ini adalah paling sahih di sisi Imam Nawawi dan ulama-ulama dalam Mazhab Syafie yang mengkaji pendapat Imam Syafie. Ini kerana terdapat banyak hadith sahih berhubung masalah ini. Antaranya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya:
“Sesiapa yang mati dan ke atasnya puasa (yang belum ia qadha’kan) maka hendaklah walinya
berpuasa untuknya.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Penyaringan Imam Nawawi ini menepati kehendak Imam Syafie sendiri kerana Imam Syafie telah meletakkan kaedah:
“Apabila sesuatu hadith itu didapati sahih maka itulah mazhabku dan tinggalkanlah pendapatku yang bertentangan dengan hadith tersebut.”
• Wali yang boleh mengqadha’ puasa si mati ialah setiap kerabat kepada si mati walaupun bukan waris yang
berhak mewarisi hartanya.
• Sah qadha’ puasanya yang dilakukan oleh orang asing dengan izin wali si mati atau si mati sendiri, sama ada
diberi upah atau tidak iaitu sama seperti ibadat Haji. Tidak sah jika tidak mendapat keizinan terlebih dahulu dari wali si mati atau si mati sendiri
• Pendapat yang jelas di sisi Imam Nawawi ialah sah puasa yang dilakukan oleh 30 orang bagi menggantikan
30 hari yang ditinggalkan oleh si mati di mana qadha’ tersebut dilakukan pada hari yang sama.59 Fidyah60
• Secupak makanan rasmi sesebuah negara untuk sehari puasa yang ditinggalkan.
• Fidyah boleh diserahkan kepada seorang fakir miskin sahaja. Contohnya fidyah untuk sebulan puasa yang
ditinggalkan boleh dibayar kepada seorang fakir miskin.
• Kaffarah (denda) berbeza dengan fidyah di mana seorang fakir miskin tidak boleh menerima lebih dari
secupak makanan yang dibayar kerana kaffarah.
• Wajib qadha’ sahaja: Meninggalkan puasa kerana sakit, musafir, nifas, haid, pengsan, gila, terlupa niat, sengaja berbuka atau jimak (bagi isteri sahaja).
• Wajib fidyah sahaja: Meninggalkan puasa kerana hilang upaya berpuasa kerana terlalu tua atau sakit yang tiada harapan sembuh.
• Wajib qadha’ dan fidyah serentak: Tidak mengerjakan qadha’ puasa hingga melangkau ke Ramadhan lain dan berbuka kerana hamil atau mengandung kerana takut mudharat ke atas bayi dalam kandungan atau susuan di mana bukan takut mudharat ke atas diri sendiri.
• Wajib qadha’ dan kaffarah: Puasa yang batal kerana jimak (bagi suami sahaja). Puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal:
• Disunatkan berpuasa sebanyak enam hari dalam bulan Syawal sama ada ia berpuasa penuh dalam bulan
Ramadhan atau tidak atau langsung tidak berpuasa sepanjang Ramadhan.
• Dalilnya ialah hadith Nabi s.a.w.
Maksudnya:
“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, dan diikuti dengan enam hari dalam bulan Syawal, maka ia seumpama berpuasa sepanjang tahun.”
(Riwayat Muslim)
• Puasa enam hari dalam bulan Syawal boleh dilakukan berselang-seli tetapi sebaik-baiknya dilakukan secara
berturutan selepas Hari Raya Pertama. Ini kerana melewatkannya akan menimbulkan rasa malas, sedangkan bersegera melakukan ibadat adalah lebih afdhal.
• Menurut ulama terkemudian dalam Mazhab Syafie seperti al-Khatib al-Syarbini dan Imam al-Ramli, orang yang menunaikan puasa kerana qadha’, nazar atau sebagainya (selama enam hari) dalam bulan Syawal, akan memperolehi pahala puasa sunat Syawal.

❆ ❆ ❆ ❆ ❆ ❆